BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 20 Jun 2009

Kaedah tanaman pisang

image

Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka.

PENGENALAN:

Nama saintifik : Musa paradisiaca L.
Nama tempatan : Pisang
Keluarga : Musaceae

Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka. Pemerosesan buah pisang di peringkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.

VARIETI PISANG

Terdapat beberapa jenis pisang iaitu:-

  • Pisang Berangan
    Mula mendapat pasaran meluas. Kebanyakan memilih berangan sebagai makanan pisang segar. Berat setandan ialah 12-22 kg, mempunyai 8-12 sisir dengan setiap sisir mempunyai 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 12-18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulitnya agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.

  • Pisang Mas
    Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5-9 sisir setandan dan 14-18 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan. Isi pejal, berwarna kuning keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis.
    (Pisang Mas dari Wikipedia- klik).

  • Pisang Cavendish
    Mula diusahakan secara komersil dan kebanyakan hasilnya dieksport. Jenama dagangan seperti Gros Michel, Grand Naine dan lain-lain terkenal di Filipina atau Australia. Di Malaysia, jenama seperti Montel, Comel, Cabana atau Sun King Banana juga merupakan kultivar Cavendish. Berat setandan ialah 25-40 kg dan mempunyai 15-25 sisir bagi setiap tandan. Jejari berukuran diantara 15-22 cm panjang dan garis pusat 3.5 - 4.0 cm. Kulit buah adalah tebal dan mudah tanggal dari sisirnya. Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.

  • Pisang Embun
    Ditanam untuk hidangan segar. Berat setandan antara 20-40 kg dan mempunyai 10-25 sisir bagi setiap tandan dan 14-25 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 15-20 cm dan besar diantara 3.5 - 4.0 cm garis pusat. Kulit buah licin dan berwarna kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna krim, sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis.
    (Pisang Embun dari Wikipedia - klik).

  • Pisang Rastali
    Digemari sebagai pisang sajian segar. Berat setandan antara 10-18 kg dengan 5-9 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12-16 jejari. Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah sangat nipis tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak. Isi buah lembut dan berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat jika belum masak sepenuhnya.

  • Pisang Lang
    Sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari bagi setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.

  • Pisang Nipah
    Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pisang nipah juga disebut pisang kapok.
    (Pisang Nipah dari Wikipedia - klik).

  • Pisang Raja
    Boleh dimakan segar atau dimasak untuk sajian. Berat setandan ialah 10-15 kg dengan 6-9 sisir dan setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah tebal, berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim oren dan bertekstur kasar.

  • Pisang Nangka
    Berat setandan 12-14 kg dan mempunyai 6-8 sisir. Setiap sisir mempunyai 14-24 jejari. Jejarinya bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar. Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit rasanya. Pisang nangka tahan disimpan.

  • Pisang Awak
    Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat setandan 18-22 kg dan mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir mempunyai 10-16 jejari. Panjang jejari ialah 10-15 cm dan besarnya 3-5 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit. Kadangkala kultivar ini mempunyai biji.

  • Pisang Putar
    Pisang Putar dari Wikipedia - klik.

  • Pisang Serendah
    Pisang Nipah dari Wikipedia - klik.

  • Pisang Tanduk
    Pisang Nipah dari Wikipedia - klik.


PANDUAN MENANAM :

Iklim dan tanah:

Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.

Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.

Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka. Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.

Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah. Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.

Bahan tanaman:

Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-

Sulur Dara
Sulur Pedang
Sulur Payung
- Akar akar sudah terbentuk
- Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.
- Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.

Sistem Penanaman:

  • Tanaman Tunggal
    Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.

  • Tanaman Selingan
    Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.

Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.

Pembajaan:

Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.

Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.

Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.

BERITA

Berita

Jun 2009

  • Alat Pemantau Diesel Untuk Kekang Pencerobohan Bot Pukat Tunda
  • Kementerian Tingkatkan Penghasilan Minyak Pati Berskala Komersil
  • Pengusaha Tani Sabah Perlu Bantu Negara Mengurangkan Defisit Pertanian Negara
  • Sultan Azlan Shah Rasmi Taman Herba Negeri Perak
  • Jabatan Pertanian Sabah Perlu Transformasi, Kata Yahya
  • Tiada Pilih Kasih Dalam Penyaluran Bantuan Pertanian - Noh Omar
  • UniMAP Jalin Kerjasama Dengan Xinjing Agricultural University
  • Kebergantungan Pekerja Asing Antara Cabaran Majukan Sektor Pertanian Di Sabah
  • Kementerian: Maqis Akan Selaras Import, Eksport Makanan Tani
  • Sebahagian 300 Teknologi Pertanian Mardi Tidak Digunakan
  • Bernas Buka 3,000 Kedai Runcit 'Save More' Menjelang 2016
  • Penternak Diminta Sentiasa Jaga Keselamatan Produk